ainmizi@blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

TAHUKAH ANDA MENGAPA ESP SHAKLEE TIDAK BOLEH DIBANCUH DENGAN AIR PANAS?

Mungkin anda sering kali mendengar dan diberitahu oleh pengedar Shaklee anda, bila nak bancuh ESP Shaklee, pastikan guna air sejuk atau suam, dilarang sama sekali menggunakan air panas. Tetapi, ada tak anda terfikir, sebenarnya kenapa agaknya anda dilarang buat begitu? Pernah tak anda diberitahu sebab dan alasannya?

Bagi yang belum tahu, jom Ain kongsikan kenapa sebenarnya ESP Shaklee tidak boleh dibancuh menggunakan air panas.

Sebenarnya bukan sahaja ESP Shaklee, malahan apa brand dan jenis vitamin pun yang mengandungi protein, tidak boleh di bancuh dengan air panas melebihi 40’ Celsius termasuklah Mealshakes dan Chinch Shake Mix Drink. Dan juga termasuk sekali susu formula yang anda berikan kepada anak anda setiap hari tu.

Perasan tak, bila anda nak bancuh susu anak anda, anda akan pastikan bancuh susu dengan air sejuk atau suam dulu, betul x? bila dah cukup sukatannya, baru campurkan dengan air panas kan? Haa.. kenapa agaknya anda buat macam tu?



Apa yang sebenarnya terjadi?

Apabila kita campurkan protein dengan air yang panas, akan terjadi satu proses yang dinamakan "protein denaturation" ataupun "penyahaslian/denaturasi protein". Proses ini melibatkan perubahan sifat struktur protein akibat terdedah kepada suhu yang tinggi dan lain-lain. Akibatnya, khasiat dalam sesuatu jenis vitamin itu akan berkurangan.

Untuk penerangan lanjut tentang proses ini, sebenarnya protein soya sangat sensitif kepada haba. Sekiranya ia diproses pada suhu yang tinggi, protein penting yang terkandung di dalamnya akan termusnah. Sebenarnya soya yang baik adalah soya yang dimasak pada suhu yang rendah dan tidak merosakkan molekul asid amino, walhal apabila kita minum air soya yang dijual di pasar malam mahupun soya kotak, air ini di masak pada suhu yang sangat tinggi dan secara langsung merosakkan rantaian asal molekul asid amino yang terdapat dalam soya tersebut. Apabila ini terjadi dan tanpa disedari kita mengundang kehadiran radikal bebas dan maka terbentuklah sel2 yang tidak normal dan ini sering dikaitkan dengan penyata “Minum soya boleh akibatkan kanser”.

Pada Ain ayat penyata tersebut terdapat kebenarannya terutama apabila ikatan rantaian asid amino telah berubah apabila soya dimasak pada suhu yang tinggi.

Sebab itu ESP Shaklee tidak boleh dibancuh dengan air panas. Bukan sekadar risau akan hilangnya zat tetapi kita khuatir suhu yang panas dan tinggi akan menyebabkan rantaian ikatan molekul asid amino akan berubah dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan terhasilnya radikal bebas di dalam sel badan kita.

Untuk pengetahuan anda, ESP Shaklee ialah protein soya berkualiti tinggi yang diiktiraf di seluruh dunia. ESP Shaklee sangat berbeza dengan soya-soya yang lain kerana ia merupakan merupakan produk yang paling banyak melalui ujian klinikal. Bahan utamanya ialah kacang soya non-GMO (yang tidak diubahsuai secara genetic) dan ianya diproses menggunakan suhu yang rendah.

Oleh sebab itu, jika anda ada mengambil sebarang jenis vitamin berbentuk protein, gunakanlah air sejuk atau yang penting bawah dari 40’ celcius.

Jom Ber ESP

016.6635706 | 013.7839456
Ur Shaklee Independent Distributor 1121356
ainmizie@gmail.com
Ain Mizie (",)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment