ainmizi@blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

APA TU GMO & NON-GMO???

GMO vs NON-GMO

Genetically Modified Organism (GMO)
Dihasilkan dengan mengubahsuai genetik tumbuhan atau haiwan di peringkat DNA.


Ciri-ciri GMO

+ Kos yang lebih murah untuk menghasilkannya
+ Bertindak balas dengan keadaan cuaca secara berbeza
+ Mengandungi sama ada terlalu banyak atau terlalu sikit nutrien
+ Kebiasaannya diproses dengan menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain


Contoh makanan yang sering diubahsuai genetiknya :-

• Tomato
• Padi golden rice
• Jagung
• Kacang soya
• Ubi kentang
• Tebu
• Sayur-sayuran seperti sawi
• Kapas
• susu




Kesan pengambilan produk GMO

Kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang.

1. Peningkatan alahan (allergic) terhadap makanan GMO.

2. Risiko alahan terhadap protein hasil GMO.
Ia berlaku apabila genetik kekacang lain dicampurkan ke dalam kecang soya.
Maka, pengguna yang alah pada kekacang tersebut akan mendapat alahan setelah meminum susu kacang soya GMO itu, malah boleh membawa maut.

3. Peningkatan risiko kanser
Lembu tenusu disuntik dengan ‘growth hormone’ untuk menghasilkan lebih banyak susu. Peningkatan risiko kanser berlaku apabila hormon tersebut boleh diserap oleh badan manusia yang minum susu itu.

4. Pengubahsuaian genetik mengurangkan nutrien utama.

5. Badan menjadi kebal kepada antibiotik.

6. Makanan GMO boleh menghasilkan toksin.

Non-Genetically Modified Organism (non-GMO) :-

Dihasilkan tanpa menukar atau mengubah genetik tumbuhan atau haiwan.
+ Kacang soya semulajadi
+ Berkualiti tinggi
+ Diproses pada kadar suhu yang rendah

Shaklee Difference

[Energising Soy Protein]

1.ESP dihasilkan dari Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) protein soya, dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program (IPP). Program ini memastikan soya yang digunakan bebas dari pengubahsuaian genetik. Proses pengenalpastian dan pemantauan secara ketat bermula dengan proses penanaman biji benih yang asli, ditanam, dituai, diproses dengan teliti hinggalah terhasilnya ESP!

2.Menggunakan protein dari kacang soya. Kenapa kacang soya?? Kacang soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua amino asid yang diperlukan oleh tubuh badan manusia

3.Setiap 850 gm (satu tong esp) = 30 gm soya






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAHUKAH ANDA PLU CODE???


Assalammualaikum.... Salam Sejahtera semua...

Tengah Menggoogle pasal GMO & NON-GMO tetiba terjumpa pasal PLU CODE pada buah-buahan & sayur-sayuran kita. Dulu kan Ain keje JUSCO skrg dah known as AEON... Sempatla merasa nama AEON tu Sekejap...

Rasanya ramai dah alert pasal plu code ni kan?? sebab sekarang ramai yang high education. Ain yakin & percaya semua orang akan berusaha mencari & buat yang terbaik utk diri sendiri dan keluarga kan???

PLU CODE ni bagi yang dah biasa kerja Retail industry inshaALLAH akan tahu PLU Code ni apa... Ni contoh ain dapat dari incik google ye...



Dah dapat clue kan dari gambar atas tu... Masa kerja Ain jaga bahagian Buah-buahan Tempatan (Local fruits) - kwn kerja Alvin handle Imported Fruits... Walaupun dia chinese, dia sangat baik & sharing & caring... hihihihi, Macam seorg abang yang menjaga adiknya... Dia banyak share ilmu pasal buah-buahan ni... Dia sgt CONSENT tentang HALAL & HARAM ye... IF nak bagi Ain Test any food dia akan Tanya dulu HALAL ke??

I Loikeee... hihi, so sangat best la n byk ilmu dpt dengan dia. Jom Kawan2 Cek PLU CODE or Food Label sebelum membeli...

Be a GOOD Consumer (",)
Pilih la 5 digit Code starting with numbers 9.... itu Organic punya.., Memang Mahal tapi kesihatan kita lagi Tinggi Nilainya... 

Nanti Ain Ingat apa lagi yang di share Ain Kongsi ye...

Selamat Beramal...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEPENTINGAN ASID AMINO


[ASID AMINO]

Selalu kita dengar jer pasal Asid Amino ni kan..tapi kita tidak ambil tahu.. Ok jom kita berkenalan dgn Asid Amino dulu... Malam Tadi pergi Health & Wealthness Talk Shaklee kt Kelana Resort. Lepas ni sapa nak join orang seremban atau sikamat sila la roger ain... kita p sama2 k?? Tak kisah la anda ahli atau belum jadi Ahli... Mendengar Ilmu itu pun dah dpt pahala ye... Yang Ain dapat malam tadi dari Nutrinionist Puan Nurul Badan kita ni perlukan 20 asid amino. 11 asid amino boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri & 9 lagi asid amino perlu hanya diperolehi dari pemakanan.

Shaklee nya produk apa yang ada 9 asid amino perlu ni??? Cuba Teka...



Tahukah anda APA itu Asid Amino?

Asid Amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Secara struktur, badan anda terutamanya boleh terjejas oleh protein yang dibangunkan daripada asid amino. Dari dua puluh asid amino, badan mengeluarkan lebih daripada 50,000 jenis protein yang memainkan peranan penting dalam badan kita. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. Ia benar-benar penting untuk kesihatan.

MENGAPA KITA PERLU ASID AMINO ?

Kita mengunakan Asid Amino dalam semua fungsi badan:
1. Pembentukan Tissu
2. Memperbaiki Organ – Jantung, Hati, Pancreas
3. Meransang Hormones -Insulin, Cortisol, Adrenaline, HGH
4. Immune System
5. Rambut, Kulit dan Kuku
6. Testosterone, Estrogen and Progesterone
7. Darah, Enzymes & Cholesterol
8. Berat Badan
9. Daya Ingatan & Pembelajaran
10. Neurotransmitters – Serotonin, Endorphins, Dopamine, GABA &; Melatonin

FUNGSI ASID AMINO :
Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi.

Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.

Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon.

JENIS ASID AMINO

Asid Amino dikotegorikan kepada 2 kumpulan yang berbeza, iaitu Asid Amino yang Perlu dan Asid Amino yang tidak Perlu. Bagi senang memahami jenis Asid Amino ini adalah,
1) Asid Amino Perlu – ia tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi perlu diambil melalui makanan
2) Asid Amino Tidak Perlu – Ia dapat dihasilkan oleh badan.

Asid Amino TIDAK PERLU:


Alanine
Menghapus zat-zat beracun yang dilepaskan daripada pemecahan protein otot ketika latihan intensif.
Kesan sampingan: Alanine berlebihan di dalam tubuh berkaitan kelelahan kronik.
~Sumber haiwan : daging, makanan laut, telur, ikan, hasil tenusu
~Sumber sayuran : kacang, soya, jagung


 Arginine
Memainkan peranan penting dalam relaksasi pembuluh darah, merangsang dan mempertahankan ereksi pada lelaki, pengeluaran ejakulasi, dan menyingkirkan ammonia berlebihan dari tubuh.
~Sumber haiwan: produk susu (misalnya keju, susu, yogurt), daging lembu, daging khinzir (misalnya bacon, ham), unggas
makanan laut (misalnya lobster, salmon, udang, siput, tuna)
~Sumber sayur : gandum dan tepung, oatmeal, kacang tanah, kekacang (kelapa, kacang mete, walnut, almond, kacang Brazil, hazelnut, pinenuts), biji-bijian (labu, bijan, bunga matahari), kacang polong, soya


 Asparagine
Ini membantu menyediakan keseimbangan dalam sistem saraf pusat-bantu dalam keadaan menyeimbangkan emosi.
~Sumber haiwan: susu, daging lembu, , telur, ikan, laktoalbumin, makanan laut
~Sumber tumbuhan: asparagus, kentang, kekacang,bijian, soya


 Aspartic Acid
Meningkatkan stamina, membantu dalam pembuangan racun dan amonia dari tubuh, dan bermanfaat dalam sintesis protein yang terlibat dalam sistem imuniti.
~Sumber haiwan : sosej daging
~Sumber tumbuhan :oat, avokado, asparagus, tebu muda
Suplemen diet : baik sebagai asid aspartat atau garam


 Cysteine
Komponen jenis protein berkumpul di kuku, kulit dan rambut. Berfungsi sebagai antioksidan , dan mempunyai kesan sinergis bila diambil dengan antioksidan lain seperti vitamin E dan selenium.
~Sumber haiwan : daging khinzir, ayam, susu, sosej daging, telur, yogurt
~Sumber sayuran : bawang putih, gandum, bawang, oat


 Glutamik Acid
Membantu dalam mencegah pembesaran prostat bersama-sama dengan glycine dan alanine.
Penting untuk otak kognitif berfungsi. Diperlukan untuk pembelajaran, ingatan, penyelesaian masalah dsb..
~Sumber haiwan : daging, ayam, ikan, telur, tenusu, dan kombu
~Sumber sayuran : gandum


 Glutamine
Meningkatkan fungsi otak yang sihat. Hal ini juga diperlukan untuk sintesis molekul RNA dan DNA.
RNA ini hampir sama dengan DNA, tetapi berbeza dalam beberapa struktur penting: di dalam sel, biasanya RNA berantai tunggal, sementara biasanya DNA berantai ganda; RNA nukleotida DNA mengandungi ribosa sementara mengandungi deoksiribosa (sejenis ribosa yang tidak mempunyai satu atom oksigen); dan RNA mempunyai asas dan bukan urasil timina yang terdapat dalam DNA.


 Glycine
Komponen kulit dan bermanfaat untuk penyembuhan luka. Berfungsi sebagai neurotransmitter.
Kesan sampingan dari peringkat kualiti glisin dalam tubuh adalah boleh menyebabkan kepenatan


 Ornithine
Ornithine adalah asid amino yang memainkan peranan dalam kitaran urea.
Ornithine berkait dengan arginine untuk merangsang pembebasan hormon pertumbuhan


 Proline
Memainkan peranan dalam isyarat intraselular


 Serine
Penting untuk membolehkan otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik. Selanjutnya, serine meningkatkan sistem imunisasi tubuh yang sihat dengan membantu penghasilan antibodi, komponen semua membran sel.

Agen untuk penghasilan seperti asid amino glysine, Cystein, dan triptofan. Triptofan, diperlukan untuk sintesis serotonin dan fungsi neurotransmiter, dikenali untuk membantu menghilangkan stres, kegelisahan dan kemurungan.
Kekurangan serine: Simpton kekurangan serine ialah lambat dalam perkembangan kemahiran kognitif dan fizikal (psikomotor keterbelakangan), kekejangan dan microcephaly.
Microcephaly merujuk kepada keadaan kesihatan di mana saiz kepala lebih kecil daripada saiz normal dan disebabkan oleh tumbesaran otak.


 Tyrosine
Merupakan precursor dopamine; iaitu neurotransmitter yang berlaku pelbagai spesies haiwan termasuk vertebrata dan invertebrata, noradrenalina; hormone yang dirembeskan oleh sel saraf dan adrenalin.
Dapat meningkatkan mood positif dan juga antioksidan.

Asid Amino yang PERLU:

★ Histidine
Histidine digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat.
Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
★ Isoleucine
Diperlukan untuk sintesis hemoglobin, unsur utama sel darah merah.
★ Leucine
Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
★ Lysin
Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysin juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan.
★ Methionine
Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
★ Phenylalanine
Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
★ Threonine
Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein.
Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki.
Menstabilkan paras gula dalam darah.
★ Tryptophan
Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan. (Makanan sumber triptofan)
★ Valine
Penting untuk pembinaan otot.
Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi.
kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh.
Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal
Semua Asid Amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila anda mengambil semua jenis asid amino, jadi adalah penting untuk mendapatkan pelbagai protein dalam diet anda. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil Protein Lengkap.

SHAKLEE DIFFERENCE
Asid amino Tidak Perlu bermakna badan boleh hasilkannya kan, yang Perlu bermakna badan tak boleh hasilkannya.. Jadi dari mana kita nak dapat sumber Asid Amino yang perlu ni??

ESP merupakan satu2nya produk di dalam pasaran yg menjamin penyediaan 9 Asid Amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia..

Kandungan 9 Asid Amino Perlu yang ada dalam ESP :

Histidine - 340mg

Isoleucine - 630mg

Leucine - 1160mg

Lysine - 890mg

Methionine - 180mg

Phenylalanine - 720mg

Threonine - 520mg

Trytophan - 180mg

Valine - 650mg

Dengan pengambilan ESP secara berterusan, ia akan membantu kesihatan anda dalam masa jangka panjang terutamanya pengambilan dan penyerapan Asid Amino Perlu oleh badan.

Untuk Tempahan Sila Hubungi :-
016.6635706
1121356 | SEREMBAN | SIKAMAT | TEMIANG
ainmizie@gmail.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAHANA GASTRIK!!!

Assalammualaikum...


Hari ni Ain nak share info Tentang  Gastrik ni... Sebab Ain dulu pn pernah di diagnose Gastrik & pernah makan Ubat Gastrik. Tapi Tak ingat pula nama ubatnya sebab masa zaman study dulu2... Alhamdulillah sedar awal dan tak bergantung pada ubat... sebab tidak mahu bergantung pada ubat dan nak lalui kehidupan yg sihat...







Apa itu Gastrik???


Gastrik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).



Selalunya kita mengalami gastritis yang pertama tu..



Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.



Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


[Ihsan dr Google]



Tanda Gastrik



Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :



* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)

* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :



* Najis menjadi hitam seperti tar

* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?



Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :



# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)



Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini



# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.


# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.



# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.




Ubah Gaya Hidup & Jaga Pemakanan



Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol


* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit



* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur



* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap



* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam



* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)



* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut



* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Sumber : http://www.sihatselalu.com.my/


Supplement Shaklee Utk Pesakit Gastrik


Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

B Complex
bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Ostematrix
Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

Untuk Dapatkan Set Ini boleh Hubungi 
Ain Mizie (",)
016.6635706 | ainmizie@gmail.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHEESE.... CHEESE... HANTU CHEESE MESTI CUBA...


Anda Pengemar Cheezy Wedges Keluaran KFC???

Ain Hantu Cheezy Wedges tu...

Giler kentang Orang Kata... So Ain Pun Cuba La Cheese Powder ni...
Kalau buat kentang apa-apa jenis pun, jejari ke wedges ke dadu ke Pasti sekejap je abis.. kadang-kadang anak2 makan sikit je.. tapi mamanya dah makan separuh masa masak.
Jangan Marah...


Hahaha ini la serbuk keju nya... ni 200gm 
Nak makan begitu sahaja pun boleh tapi sanggup dengan tidak la...
Maybe pada pengemar Twisties akan suka la..

Haaa yang bawah ni Buat Kentang Jejari, Suka2 untuk makan malam bila Ain Malas nak masak Lauk.
Cheese Powder ni kena Bancuh dengan air suam2 gitu...
Elakla guna Air Panas atau Air Sejuk nanti Jadi berketul..
If Rasa nak cuba boleh roger Ain ye..


Cheese Powder ni :-
Berat : 200gm
Harga : RM 15/pek
Termasuk Postage : RM 21/Pek

COD:  Sikamat, Seremban.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETUA MENGHILANGKAN WHITEHEADS & BLACKHEADS DENGAN ALFALFA

Apakah "Blackhead" dan "Whitehead" ni?




---> Blackhead - nama dalam perubatan adalah "Open Comedo". Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Oleh sebab itu hanya bahagian atas yang berwarna hitam.

---> Whiteheads - nama dalam perubatan disebut sebagai "Closed Comedo". Ia adalah jerawat yang  terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan memalam liang pori-pori di muka .  

---> Whiteheads boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut (sebab mengapa mereka juga dikenali sebagai Closed Comedo).




[Perbezaan Whitehead & Blackhead]

---> Blackhead ialah bintik-bintik kecil yang terjadi akibat kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan.Blackhead ni bukannya kotoran dan tidak boleh dicuci begitu sahaja kerana ia dah hampir sebati dah. Sel kulit menjadi mati disebabkan pori-pori kulit berminyak menjadi semakin besar dan kasar. Bila-bila pori di block sepenuhnya maka terjadilah jerawat, 

YA ! blackhead boleh menyebabkan jerawat.

---> Whitehead ialah bintik-bintik kecil berwarna putih yang terjadi dari pembentukan sebum atau minyak di pori-pori kulit. Selain menggunakan produk anda mesti minum banyak air putih dan makan buah-buahan untuk mengelakkan whitehead ini. Ia juga boleh hilang dengan cara scrub yang betul. 

Jom Ain Share Petua Untuk menghilangkan Whitehead & Blackhead ni... 
Mari Cuba :-


PETUA 1

1. Ambil semangkuk air yg baru didihkan... (berwap byk)

2. Letakkan muka anda sehingga wap menyapa muka anda

3. Ambik towel dan berselubunglah muka anda bersama semangkuk air panas yg berwap tadi...

4. Tahan sehingga wap abih... air pun dah suam

5. Pastu tgk cermin dan lihat white/black head anda akan terkeluar2. Masa tu cabutlah dengan gunakan alatnya

6. Stlh puas hati wht/blck head tu dah takdak.. cepat2 pi cuci muka dgn cleanser. Pakailah Scrub lepas tu.

7. Lap2 muka terus pakai toner/moisturiser pilihan anda. Sapukan apa2 treatment (ubat jerawat) kat muka.

Lakukan at least seminggu 2X dah cukup. 


  PETUA 2

1. Gunting tisu kecil2(agak2 1/4 tapak tangan).Tisu biasanya 2 ply.Asingkan,jadikan 1 ply saja.

2. Celupkan dalam putih telur,hati2 supaya tak berlipat2.

3. Kemudian tampalkan pada muka.

4. Ulang sampai semua bhgn yg banyak black/white heads itu ditutupi oleh sehelai lapisan tisu yang bersalut putih telur.

5. Biarkan sampai betul2 kering(mesti).Bila dah betul2 kering,(macam mask),tanggalkan dari muka dgn cara rentap perlahan2.

6. Anda akan nampak black/white heads yg ditanggal terlekat pada tisu.Puas hati bila tengok ia tertanggal.Lebih 'real' dari guna kosmetik.

7. Kemudian basuhlah muka macam biasa.

Buatlah selalu sampai tiada lagi yg terlekat pada tisu.

Insyaallah berkesan.


  PETUA 3

1. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. 

2. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan.

3. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.


  PETUA 4

1. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. 

2. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. 

3. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.



  PRODUK ALFALFA SHAKLEE

1. Ambil 2/3 biji Alfalfa, kemudian rendamkan dengan sedikit air

2. Basahkan Muka dan sapu alfalfa tadi sehingga rata.

3. Biarkan kering seketika

4. Basahkan tangan dan sapu di muka bagaikan scrub sehingga puas hati..

5. Cuci Muka & boleh ulang 2/3 kali seminggu..

Selamat Mencuba 

Alfalfa Shaklee
Hubungi Ain untuk Maklumat Lanjut
016.6635706 | 013.7839456
ainmizie@gmail.com
1121356
Ain Mizie (",)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS