ainmizi@blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Mari Menjemput Rezeki

Assalammualaikum & Selamat Pagi...





Dah lama ain nak share pasal ni... dan Ain yakin ramai yang dah tahu bagaimana nak menjemput rezeki kan?

Rezeki itu sendiri penuh dengan makna yang tersirat... betul tak? siapa kata rezeki itu hanya duit & harta yang di miliki? Jika itu yang dipikirkan hanya rezeki, Anda 100% salah...

Kita dapat bangun dari tidur, bernafas, melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh itu juga termasuk sebahagian dari rezeki... Jika tidak percaya cuba bayangkan suatu hari ALLAH ambil nikmat utk menyentuh, bila anda sentuh sesuatu anda tidak dapat merasa sama ada permukaan sesuatu yang di sentuh itu kasar, lembut, licin & sebagainya... Pada masa itu apakah perasaan anda???

Rezeki itu besar...

Jom Amalkan amalan menjemput rezeki... Ini ain ringkaskan ikot Ain nye pengetahuan yang Ain dapat dari kawan2 dan pembacaan ye...

1) Perbanyakkan istigfar - sekurang2 nya istigfar la 100x sehari paling kurang. Istigfar la setiap saat masa yang terluang. BuaT DULU, anda akan rasa perubahan itu. Istigfar la selagi DOA anda tidak dimakbulkan... Jadikan istigfar sebagai Bff mulut kita, hati pasti tenang. 

2) Perbanyakkan Selawat ke atas Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W - Selawat at least 100x sehari. Jika kita nak berasa selamat maka selawat la (kata ustaz Al-Amin) sebab dgn selawat kita mendapat syafaat dr Rasulullah S.A.W.

3) Solat Sunat Dhuha & Doa Dhuha - Tunaikan la solat dhuha 2 rakaat (Paling minima) & berdoa dhuha la pasti Allah memberikan yang terbaik utk kita.


[ok ni doa dhuha nya... kredit kpd kengkwn group JMS]

4) Bersedekah - Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, Berila seberapa banyak yang boleh kerana rezeki kita adalah apa yang kita dpt gunakan dan bermanfaat bagi diri kita dan juga sedekah kita pada yang memerlukan... Bersedekah ini dapat mengembirakan hati insan yang menerima lantas ALLAH akan beri yang lebih baik buat kita.

5) Zakat - Cucilah hati kita & segala rezeki kita dengan berzakat. Berkongsi rezeki bersama insan-insan yang memerlukan. 

Selamat Beramal...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment