ainmizi@blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Kerana Kau KIM (Kumpulan Ibu Menyusu)!!!

Assalammualaikum....

Hai semua, kalau geng2 yang bf anak2 mesti ada yang kenal group KIM kan???
KIM nama panjang nya kumpulan ibu menyusu. Ain pun kenal group ni dari kawan ain Huda Hussain... Dia yang invite Ain join group KIM ni...

Alhamdulillah itu la jasa sahabat baik Ain... Mendidik diri ini untuk belajar menyusukan Anak2... Disamping sokongan Suami yang sangat kental... hihi, Dalam KIM ni la Ain study nak bf anak2... Kwn2 jgn igt breastfeeding itu semudah ABC ye...

Jika tiada ilmu memang alamat la... Paham2 sendiri la, bila orang Jahil yang berkata2... Alhamdulillah dgn ilmu yg dicurah oleh admin KIM dan sharing2 dari SUPER MAK KIM Ain dapat menyusukan Dhiya & Iffat sehingga sekarang...

So untuk Ibu2 muda or ibu 1st time ke what so everla... galila ilmu sebagai mana kamu gali ilmu untuk memikat hati suami or untuk jadi berjaya & kaya...


Ni Ain Nk Share Group WhatsApp KIM sangat best & byk ilmu yg blh dipelajari dan ditanya... Ni la ahli-ahli nya ...

[Ni group WhatsApp KIM-Raya Lps.. 3 family yg lain adalah fmily susuan]

[Ni Pic Iftar Thn 2012 dkt Shah Alam - Group KIM FB]


Dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anak - anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam 
[Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233]
Mafhumnya :
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Iaitu tempoh penyusuan adalah selama dua tahun atau 24 bulan. 
Kemudian saidina Ali menyebutkan firman Allah:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” al-Ahqaf, ayat 15
Ayat ini menyebutkan penyusuan selama 30 bulan. Maka tempoh penyusuan yang sebenar adalah 24 bulan. Maka baki bulan mengandung ialah enam bulan. Oleh sebab itu, mungkin bagi tempoh seorang wanita mengandung adalah enam bulan. Oleh yang demikian, wanita tersebut terlepas dari hukuman tersebut.

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak :
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. (Maha Pemurahkan Allah)
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya... Aamiin Ya Robb
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa... Alhamdulillah
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment