ainmizi@blogspot.com. Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Jenis Makanan Bayi Mengikut Umur

Hi Semua...

Ain Nak share cara Ain Bagi Makanan dekat Anak-anak ain masa diorang start umur 6 bulan ke atas.
Okay lah. Masa Dhiya Ain Start bagi makan masa umurnya 6 bulan. that my bad sebab sepatutnya 6 bulan 1 hari baru start makan. Ini la yang jadi kalau menuntut ilmu tak abis.
Alhamdulillah Ain dapat sokongan yang kuat dari suami tersayang.

Ain memang ikot jadual ni tau. jadual ni ada lagi tampal kat dinding dapur Ain sampai saat ini...
Selain itu, mesti ikot 4 days Rule sebab dari situ kita boleh tahu anak kita ni alergik makanan tu ke tidak, anak sembelit ke tidak, anak cirit ke tidak. Ada sebabnya la kena follow 4 days rule tu.

So, Memang syok dan bosan jugak la tengok anak2 makan makanan yang sama selama 4 hari. tapi yang bestnya maknya tidak perlu masak or sediakan makanan setiap hari... hihi kan ada pros & cons.

So cuba la.. ain dapat detect dhiya alergik labu sebab dia makan sekali malam tu mata dia bengkak. esok stopkan terus surut. alhamdulillah. 
Nak prepare semua ni senang je.

1) Basuh & Buang Kulit
2) Potong Kecil2
3) Steam/Rebus
4) Blend
5)Tapis
6) Simpan 

Simpan dalam bekas kecik2 pun senang,, Ain Simpan dalam Kiub Ais.. Sekali makan Kasi 1 Kiub je.

If Buahan yang sedia lembut macam Pisang & Avocado kena buat pagi2 ye setiap hari sebab nanti isi nya lebam.. nak makan pun cam ngeri...

Tips Untuk bagi Start bagi Telur dekat bayi Anda pula ialah :-
MESTI mulakan dengan Kuning Telur Dahulu.

Rebus Telur sehingga Masak Bagi yang kuning dulu... Make sure Kuning tu Betul2 Masak, Jgn separuh masak pulak. bagi selama 4 hari jugak. Kemudian baru tukar bagi putih telur pula. 



[Gambar Kredit kepada Group HSFFYB & Geng KIM WhatsApp]


If Anak-anak Sembelit Elakkan Pengambilan BRAT (Banana, Rice, Apple & Toast)
dan ambil BRAT if anak-anak cirit & kurangkan makanan yang bergula & manis.

*** Makanan Hanya Untuk Bayi 6Bulan 1hari dan Ke atas


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Lengkap Ibu Menyusu

Assalammualaikum Mommies & Mom To Be...

Tahniah!!! 

Kerana Anda Telah berjaya melalui 1 Fasa Ujian Dari ALLAH iaitu Melahirkan Cahaya Mata... Mesti Masing2 Teringat saat2 & detik-detik Melahirkan kan??
Ada yang ditemani Suami Tersayang, ada yang tidak... Tapi itu tidak Mengapa kerana Anda telah berjaya JIHAD pada Jln Allah Menambah Ummat Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah Jika Anda juga telah berniat utk menyusu si kecil anda dengan susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun... 
Niat itu mencerminkan kesungguhan setiap insan bergelar ibu...
Alahai ayat Ain ni..

Yang penting bila dah berniat InsyaALLAH segalanya akan dipermudahkan tetapi perlulah berilmu ye...
kena cari gali ilmu penyusuan ni.. bukan senang tp akan jadi senang bila kita berilmu.
Tapi kalau anda nak borak dan tanya dengan ain pasal penyusuan, pam n ebm n ape2 yang related tu boleh saja... boleh whatsApp 016.6635706 --> Ain ni mesra Alam... Ain akan share apa yang Ain tahu...

Selain itu Ain nak share Set 3M ni... Set Lengkap utk ibu Menyusu.

Sebelum itu MESTI INGAT bahawa susu ibu ini bergantung kepada Demand vs Supply (ape ni?? blh tanya ain lebih detail)

set lengkap untuk suplemen ibu yang menyusu  Set ini hanya Bantuan utk ibu2 menjadi lebih sihat, bertenaga, cantik yang menyebabkan diri si ibu gembira & tenang lantas blh mengeluarkan susu yang lebih byk dan berkhasiat..

Ibu menyusu yang macamana ya yg perlukan set ni?

1. badan lenguh,selalu penat letih dan tak bertenaga
2. susu merudum 
3. ibu yang dah kekurangan stok susu

Pastikan!!
1. pengambilan air suam sebanyak 3 liter sehari..
2. sesi mengepam yang berganda,power pumping dan tandem
3. doa dan zikir ya matin
4. always think positive n jgn pututs asa

[Set Lengkap Utk Ibu Menyusu - 3M]




Nota Kaki: Untuk mendapat kan set menyusu mengikut bajet anda sila WhatsApp di 016.6635706
Ain akan berikan yang terbaik mengikut kesesuaian bajet Anda. Konsultasi Akan diberikan percuma (",)

Untuk Tempahan Boleh klik Di Sini --> Set Menyusu Lengkap

Atau

Hubungi Ain Mizie 
016.6635706 | 013.7839456
SID : 1121356
ainmizie@gmail.com




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GLA Shaklee Penyebab Cyst dan Fibroid???

EPO Penyebab Cyst dan Fibroid?


Isu yang kecoh masa bulan lepas adalah GLA penyebab Cyst & Fibroid...

Jeng jeng jeng... Mesti Suspen kan??? Sebelum melatah cuba kaji selidik dulu... jangan main terjah & serkap jarang je.


Sebenarnya, sehingga sekarang tiada bukti dan kajian khusus mengenainya, Kalau korang nak tau boleh baca apa yang doktor2 ini tulis dalam artikel diorang. 


[Dr. Zubaidi -“Kehamilan dan Fibroid”] &

[Dr. Malinda - “Kenapa Rahim Bengkak“]


Dari serba sedikit pembacaan ain EPO ini membantu dalam kesihatan wanita... Jom layan apa cerita EPO & GLA ni.


EPO adalah nama singkatan kepada Evening PrimeRose oil.  Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ia boleh membantu mengurangkan gejala PMS, meningkatkan mukus serviks, di samping mengurangkan keradangan. Ini kerana kandungan asid lemak omega-6  (EFA), Asid Linoleic (LA) dan Asid Gamma Linolenik (GLA) yang tinggi. Minyak ini adalah dari tumbuhan Evening Primrose


LA diperlukan untuk prostaglandin E dan GLA diperlukan untuk sintesis prostaglandin E. Prostaglandin bukanlah hormon, tetapi ia adalah perantaraan yang bertindak pada sel-sel yang berbeza. Salah satu fungsi Prostaglandin adalah untuk membantu mengawal atur hormon dan pertumbuhan sel. Berikut adalah fungsi EPO :


1. Menggalakkan dan Mengekalkan Imbangan hormon

Seperti yang dijelaskan di atas, EPO mengandungi jumlah yang tinggi LA dan GLA, yang mana penting untuk fungsi prostaglandin.  Kadar asid lemak Omega-6 EFA seperti LA dan GLA juga membantu menyokong fungsi keseluruhan hormon dalam badan.


2. Membantu mengurangkan gejala  (PMS)

Ramai wanita menghadapi kesakitan pada payu dara, kembung, jerawat, kemurungan, cepat marah dan sakit kepala sebelum tempoh haid mereka; ini dikenali sebagai PMS. Banyak kajian yang menunjukkan Evening Primrose Oil dapat mengurangkan simptom PMS ini.


3. Meningkatkan mukus serviks

EPO telah digunakan oleh pakar herba selama beratus-ratus tahun untuk meningkatkan mukus serviks. Cecair serviks adalah perlu untuk membenarkan sperma untuk berenang dengan bebas melalui serviks.


Bagaimana EPO bertindak di Uterus???


LA dan GLA yang tinggi didalam Evening Primrose Oil mempunyai kesan langsung ke atas sel-sel rahim. Ia menyebabkan pengecutan dan pengenduran tisu otot licin. Tindakan ini bagus sebagai persediaan untuk mengandung. EPO TIDAK disyorkan untuk penggunaan selepas ovulasi bagi wanita yang cuba untuk hamil. EPO juga TIDAK boleh diambil oleh wanita yang hamil kerana rahim boleh mula mengecut dan boleh meningkatkan risiko keguguran.


sumber : http://natural-fertility-info.com/


[Bunga Boroge VS Bunga Evening Prime Rose]


Apa beza GLA Dan EPO?


EPO kaya dengan GLA. Borage (sejenis tumbuhan) juga kaya dengan GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO ( tumbuhan yang di namakan Evening Prime Rose). Kepekatan GLA berbeza dalam kedua-duanya. BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.


GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.



Apa fungsi GLA?


Fungsi GLA adalah sama seperti EPO. Antara manfaat lain, GLA dapat membantu :


--> Mengawal atur kitaran haid

--> Mengurangkan kolestrol

--> Mengawal berat badan

--> Mencantikkan kulit kerana terdapat kandungan vitamin E di dalamnya.



[1 botol GLA Complex = 60 biji soft gel]


Untuk Tempahan Sila Klik DiSini --> GLA Complex

Atau 

Hubungi Ain Di --> 016.6635706 / 013.7839456
Your Shaklee Independent Distributor 1121356
COD area : Seremban / Port Dickson

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

B-Complex


B-Complex Shaklee





KEBAIKAN B-COMPLEX UTK IBU:

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasabagi memastikan penghasilan susu akan lebih lancar apabila ibu dalam keadaan yang bahagia. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

[B yang Lengkap dan Seimbang]


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.


• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
tenaga.*



• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik
yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah  kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk Order Klik SiNI --> B-Complex

Atau

WhatsApps 016.6635706 Utk harga terbaik Anda... (",)
Shaklee Indenpendent Distributor 1121356
FB : Ain Mizie

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RAMUAN : Collagen Powder Shaklee

7 Ramuan Utama Collagen Powder Shaklee:-

1| Kolagen Dari Sisik Ikan Merah merupakan sumber kolagen yang premium, kurang kadar pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

2| Ekstrak Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu bahan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon sebagai antioksidan semulajadi.

3| Ekstrak Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil. Apabila digabungkan dengan ekstract biji Camilla japonica, membantu penghasilan kolagen dan asid hyaluronic yang memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh yang menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

4| Elastin from Kolagen Ikan yang memelihara kulit menjadi Tegang, Anjal dan Elastik.

5| Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. VitaminB turut serta dalam metabolisma kabohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen.

6| Glucosamine Ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesiscecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7| Lactobacillus acidophilus yang membantu mengimbangi mikroflora usus dan membina segala sistem usus yang sehat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


Shaklee Collagen Powder ingredients are 100% pure, natural and safe, no stimulants, no sugar,no preservative and color.

Ain Mizie 
1121356 | 016.6635706
ainmizie@gmail.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerana Kau KIM (Kumpulan Ibu Menyusu)!!!

Assalammualaikum....

Hai semua, kalau geng2 yang bf anak2 mesti ada yang kenal group KIM kan???
KIM nama panjang nya kumpulan ibu menyusu. Ain pun kenal group ni dari kawan ain Huda Hussain... Dia yang invite Ain join group KIM ni...

Alhamdulillah itu la jasa sahabat baik Ain... Mendidik diri ini untuk belajar menyusukan Anak2... Disamping sokongan Suami yang sangat kental... hihi, Dalam KIM ni la Ain study nak bf anak2... Kwn2 jgn igt breastfeeding itu semudah ABC ye...

Jika tiada ilmu memang alamat la... Paham2 sendiri la, bila orang Jahil yang berkata2... Alhamdulillah dgn ilmu yg dicurah oleh admin KIM dan sharing2 dari SUPER MAK KIM Ain dapat menyusukan Dhiya & Iffat sehingga sekarang...

So untuk Ibu2 muda or ibu 1st time ke what so everla... galila ilmu sebagai mana kamu gali ilmu untuk memikat hati suami or untuk jadi berjaya & kaya...


Ni Ain Nk Share Group WhatsApp KIM sangat best & byk ilmu yg blh dipelajari dan ditanya... Ni la ahli-ahli nya ...

[Ni group WhatsApp KIM-Raya Lps.. 3 family yg lain adalah fmily susuan]

[Ni Pic Iftar Thn 2012 dkt Shah Alam - Group KIM FB]


Dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anak - anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam 
[Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233]
Mafhumnya :
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Iaitu tempoh penyusuan adalah selama dua tahun atau 24 bulan. 
Kemudian saidina Ali menyebutkan firman Allah:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” al-Ahqaf, ayat 15
Ayat ini menyebutkan penyusuan selama 30 bulan. Maka tempoh penyusuan yang sebenar adalah 24 bulan. Maka baki bulan mengandung ialah enam bulan. Oleh sebab itu, mungkin bagi tempoh seorang wanita mengandung adalah enam bulan. Oleh yang demikian, wanita tersebut terlepas dari hukuman tersebut.

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak :
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. (Maha Pemurahkan Allah)
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya... Aamiin Ya Robb
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa... Alhamdulillah
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom bOrOnG : Collagen Powder Shaklee

Apa lagi..JOM KITA!!!
------------------------------
Meh ambil SHAKLEE COLLAGEN POWDER & MEMBERSHIP FREE dari Ain

[Ain Campur Collagen + Performance Drink]
OPTION pertama~

BELI #6 KOTAK Shaklee Collagen Powder
Anda dapat
✔FREE membership (JIMAT RM65)
✔FREE postage (jimat RM 10/rm20)
✔FREE 1 BOX kolagen Shaklee (JIMAT RM298)
✔FREE 444 UV points (mata belian terkumpul)
✔BONUS TUNAI RM80 (Shaklee bank in pada bulan berikutnya)
✔Diskaun 20% DARI harga pasaran (ANDA JIMAT sehingga rm360 bagi 6 box Shaklee Collagen Powder)

==========ATAU==========

☺ OPTION Kedua~

BELI #3 kotak Shaklee Collagen Powder dengan HARGA YAAAANG SGT GLER...
(sebab AUTOMATIK anda dapat AHLI teros)

Anda juga akan mendapat FREE MEMBERSHIP dan KOS PENGHAGTARAN PERCUMA !!! 
Dapat BONUS RM ## Lagiiii...

TAHUKAH ANDA ;-

FREE Membership jimat berapa?
JIMAT RM 65 !!

Untung Postage percuma ni Berapa?
JIMAT RM 10 Atau RM 20 (SS)

Let's Grab the Chance!!





Ain Mizie (",)
016.6635706 | 013.7839456
ainmizie@gmail.com | COD area : Seremban

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Menjemput Rezeki

Assalammualaikum & Selamat Pagi...





Dah lama ain nak share pasal ni... dan Ain yakin ramai yang dah tahu bagaimana nak menjemput rezeki kan?

Rezeki itu sendiri penuh dengan makna yang tersirat... betul tak? siapa kata rezeki itu hanya duit & harta yang di miliki? Jika itu yang dipikirkan hanya rezeki, Anda 100% salah...

Kita dapat bangun dari tidur, bernafas, melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh itu juga termasuk sebahagian dari rezeki... Jika tidak percaya cuba bayangkan suatu hari ALLAH ambil nikmat utk menyentuh, bila anda sentuh sesuatu anda tidak dapat merasa sama ada permukaan sesuatu yang di sentuh itu kasar, lembut, licin & sebagainya... Pada masa itu apakah perasaan anda???

Rezeki itu besar...

Jom Amalkan amalan menjemput rezeki... Ini ain ringkaskan ikot Ain nye pengetahuan yang Ain dapat dari kawan2 dan pembacaan ye...

1) Perbanyakkan istigfar - sekurang2 nya istigfar la 100x sehari paling kurang. Istigfar la setiap saat masa yang terluang. BuaT DULU, anda akan rasa perubahan itu. Istigfar la selagi DOA anda tidak dimakbulkan... Jadikan istigfar sebagai Bff mulut kita, hati pasti tenang. 

2) Perbanyakkan Selawat ke atas Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W - Selawat at least 100x sehari. Jika kita nak berasa selamat maka selawat la (kata ustaz Al-Amin) sebab dgn selawat kita mendapat syafaat dr Rasulullah S.A.W.

3) Solat Sunat Dhuha & Doa Dhuha - Tunaikan la solat dhuha 2 rakaat (Paling minima) & berdoa dhuha la pasti Allah memberikan yang terbaik utk kita.


[ok ni doa dhuha nya... kredit kpd kengkwn group JMS]

4) Bersedekah - Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, Berila seberapa banyak yang boleh kerana rezeki kita adalah apa yang kita dpt gunakan dan bermanfaat bagi diri kita dan juga sedekah kita pada yang memerlukan... Bersedekah ini dapat mengembirakan hati insan yang menerima lantas ALLAH akan beri yang lebih baik buat kita.

5) Zakat - Cucilah hati kita & segala rezeki kita dengan berzakat. Berkongsi rezeki bersama insan-insan yang memerlukan. 

Selamat Beramal...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akrab Persahabatan


Ni La Bff Ain InshaAllah Dunia & Akhirat...
Walaupun Kami Berjauhan, Jarang Bertemu, Tp Hati Kami Tetap PdNYA...
KeranaNYA Kami Bertemu & KeranaNYA Kami Berpisah...
Miss All the Moments kita bersama...

[bff di sek Men Kiri : Ain Mizie, Shariza Farida. Akma, Indah]

[Huda & Ain]


[Riney, Dhiya & Ain]


[Family Ain & Fmily Huda]


Untuk Korang yg bergelar Sahabat...
Ada lagi tapi kena stay tune...


Sesegar hijau daunan

Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kudis Buta / Scabies

Disebabkan dah update cerita anak-anak & kami yang kena scabies ni Ain share sikit 

Apa itu Kudis Buta / Scabies Yang Menjadi Mimpi Ngeri Dalam Kehidupan yang Terpaksa Melaluinya :-

Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh gigitan
kutu hama yang bernama Sarcoptes Scabies .



Perihal Sarcoptes Scabies :
Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari
Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula . Hama boleh dilihat melalui gelas atau kaca lutsinar atau mikroskop.

Bagaimana Ia merebak?

Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar berkata ‘perpindahan’ hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya ‘berpasangan’ untuk membiakkan lagi baka.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ia cenderung berlaku di tempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.
Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Sesiapa yang terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit kepada keluarga lain di rumah. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.

Tanda
Kudis buta biasanya berkait dengan :

Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. Tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.
Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.
Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.
Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.
Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :

Dicelah-celah jari.
Tapak tangan
Bahagian dalam pergelangan tangan


Kawasan-kawasan lain termasuk :

Kawasan kemaluan.
Punggung
Sekitar pusat.
Celah-celah ketiak.
Siku
Kaki dan buku lali.

Rawatan 
1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
2. Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
4. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama , tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak
Penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim Crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk hingga ke hujung jari tangan dan kaki sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen.Tempat- tempat yang kuat dijangkiti seperti kemaluan, celah peha, ketiak, celah jari mestilah diteliti. Selepas ubat telah disapu, tidurlah dengan pakaian dan ubat hanya boleh dibasuh pada esok hari. Ubat yang telah disapu di atas kulit mengambil masa satu malam untuk mematikan hama.Ubat tahan gatal seperti Piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam. Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:-

1. Permethrin
2. Losyen Malathion
3. Krim Gamma benzene hexachloride (or lindane)
4. Losyen Benzyl Benzoate (EBB)
Mengubati kudis dan tempat bernanah
Antibiotik akan diberi oleh doktor untuk dimakan. Ubat sapu juga diberikan. Sekiranya teruk, ubat untuk dibasuh dan direndam juga dibekalkan.
Menahan gatal
Ubat telan/minum (antihistamine) dan ubat sapu (steroid cream) mungkin diberikan oleh doktor. Ubat sapu ini akan digunakan pada tempat-tempat yang mengalami kegatalan yang teruk (kelompok atau butir merah) 3 kali sehari selepas ubat sapu yang digunakan untuk mematikan hama telah disapu, iaitu keesokan harinya.

Nota: ubat sapu mematikan hama dan menahan gatal adalah berlainan.

Seluruh ahli keluarga juga perlu menyapu ubat sekaligus. Jika ahli keluarga lain tidak turut sama menyapu ubat tersebut, maka penyakit ini akan menjangkiti mereka yang tidak terkena lagi jangkitan ini. Bayi juga amat mudah dijangkiti hama ini di muka dan kepala. Mereka juga terpaksa disapu ubat di semua badan termasuk muka dan kepala (Awas! ibu bapa haruslah berhati-hati menyapu ubat, jangan sampai terkena mata dan mulut).
Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Pencegahan dari merebak kepada orang lain

1. Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan (atas nasihat doktor)
2. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
3. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.
4. Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.
5. Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.

Perhatian Khusus
Pastikan kebersihan diri.
Jangan berkongsi pakaian atau barangan peribadi seperti tuala.
Rendam pakaian dalam air panas.
Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari.
Kegatalan
Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu
Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan.

Sumber : Dr Saiful

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS