Jenis Makanan Bayi Mengikut Umur
Set Lengkap Ibu Menyusu
GLA Shaklee Penyebab Cyst dan Fibroid???
EPO Penyebab Cyst dan Fibroid?
Isu yang kecoh masa bulan lepas adalah GLA penyebab Cyst & Fibroid...
Jeng jeng jeng... Mesti Suspen kan??? Sebelum melatah cuba kaji selidik dulu... jangan main terjah & serkap jarang je.
Sebenarnya, sehingga sekarang tiada bukti dan kajian khusus mengenainya, Kalau korang nak tau boleh baca apa yang doktor2 ini tulis dalam artikel diorang.
[Dr. Zubaidi -“Kehamilan dan Fibroid”] &
[Dr. Malinda - “Kenapa Rahim Bengkak“]
Dari serba sedikit pembacaan ain EPO ini membantu dalam kesihatan wanita... Jom layan apa cerita EPO & GLA ni.
EPO adalah nama singkatan kepada Evening PrimeRose oil. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ia boleh membantu mengurangkan gejala PMS, meningkatkan mukus serviks, di samping mengurangkan keradangan. Ini kerana kandungan asid lemak omega-6 (EFA), Asid Linoleic (LA) dan Asid Gamma Linolenik (GLA) yang tinggi. Minyak ini adalah dari tumbuhan Evening Primrose
LA diperlukan untuk prostaglandin E dan GLA diperlukan untuk sintesis prostaglandin E. Prostaglandin bukanlah hormon, tetapi ia adalah perantaraan yang bertindak pada sel-sel yang berbeza. Salah satu fungsi Prostaglandin adalah untuk membantu mengawal atur hormon dan pertumbuhan sel. Berikut adalah fungsi EPO :
1. Menggalakkan dan Mengekalkan Imbangan hormon
Seperti yang dijelaskan di atas, EPO mengandungi jumlah yang tinggi LA dan GLA, yang mana penting untuk fungsi prostaglandin. Kadar asid lemak Omega-6 EFA seperti LA dan GLA juga membantu menyokong fungsi keseluruhan hormon dalam badan.
2. Membantu mengurangkan gejala (PMS)
Ramai wanita menghadapi kesakitan pada payu dara, kembung, jerawat, kemurungan, cepat marah dan sakit kepala sebelum tempoh haid mereka; ini dikenali sebagai PMS. Banyak kajian yang menunjukkan Evening Primrose Oil dapat mengurangkan simptom PMS ini.
3. Meningkatkan mukus serviks
EPO telah digunakan oleh pakar herba selama beratus-ratus tahun untuk meningkatkan mukus serviks. Cecair serviks adalah perlu untuk membenarkan sperma untuk berenang dengan bebas melalui serviks.
Bagaimana EPO bertindak di Uterus???
LA dan GLA yang tinggi didalam Evening Primrose Oil mempunyai kesan langsung ke atas sel-sel rahim. Ia menyebabkan pengecutan dan pengenduran tisu otot licin. Tindakan ini bagus sebagai persediaan untuk mengandung. EPO TIDAK disyorkan untuk penggunaan selepas ovulasi bagi wanita yang cuba untuk hamil. EPO juga TIDAK boleh diambil oleh wanita yang hamil kerana rahim boleh mula mengecut dan boleh meningkatkan risiko keguguran.
sumber : http://natural-fertility-info.com/
Apa beza GLA Dan EPO?
EPO kaya dengan GLA. Borage (sejenis tumbuhan) juga kaya dengan GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO ( tumbuhan yang di namakan Evening Prime Rose). Kepekatan GLA berbeza dalam kedua-duanya. BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.
GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.
Apa fungsi GLA?
Fungsi GLA adalah sama seperti EPO. Antara manfaat lain, GLA dapat membantu :
--> Mengawal atur kitaran haid
--> Mengurangkan kolestrol
--> Mengawal berat badan
--> Mencantikkan kulit kerana terdapat kandungan vitamin E di dalamnya.
[1 botol GLA Complex = 60 biji soft gel]
B-Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasabagi memastikan penghasilan susu akan lebih lancar apabila ibu dalam keadaan yang bahagia. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
[B yang Lengkap dan Seimbang]
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk Order Klik SiNI --> B-Complex
Atau
WhatsApps 016.6635706 Utk harga terbaik Anda... (",)
Shaklee Indenpendent Distributor 1121356
FB : Ain Mizie
RAMUAN : Collagen Powder Shaklee
7 Ramuan Utama Collagen Powder Shaklee:-
1| Kolagen Dari Sisik Ikan Merah merupakan sumber kolagen yang premium, kurang kadar pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
2| Ekstrak Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu bahan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon sebagai antioksidan semulajadi.
3| Ekstrak Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil. Apabila digabungkan dengan ekstract biji Camilla japonica, membantu penghasilan kolagen dan asid hyaluronic yang memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh yang menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.
4| Elastin from Kolagen Ikan yang memelihara kulit menjadi Tegang, Anjal dan Elastik.
5| Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. VitaminB turut serta dalam metabolisma kabohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen.
6| Glucosamine Ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesiscecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
7| Lactobacillus acidophilus yang membantu mengimbangi mikroflora usus dan membina segala sistem usus yang sehat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
Shaklee Collagen Powder ingredients are 100% pure, natural and safe, no stimulants, no sugar,no preservative and color.
Ain Mizie
1121356 | 016.6635706
ainmizie@gmail.com
Kerana Kau KIM (Kumpulan Ibu Menyusu)!!!
Assalammualaikum....
Hai semua, kalau geng2 yang bf anak2 mesti ada yang kenal group KIM kan???
KIM nama panjang nya kumpulan ibu menyusu. Ain pun kenal group ni dari kawan ain Huda Hussain... Dia yang invite Ain join group KIM ni...
Alhamdulillah itu la jasa sahabat baik Ain... Mendidik diri ini untuk belajar menyusukan Anak2... Disamping sokongan Suami yang sangat kental... hihi, Dalam KIM ni la Ain study nak bf anak2... Kwn2 jgn igt breastfeeding itu semudah ABC ye...
Jika tiada ilmu memang alamat la... Paham2 sendiri la, bila orang Jahil yang berkata2... Alhamdulillah dgn ilmu yg dicurah oleh admin KIM dan sharing2 dari SUPER MAK KIM Ain dapat menyusukan Dhiya & Iffat sehingga sekarang...
So untuk Ibu2 muda or ibu 1st time ke what so everla... galila ilmu sebagai mana kamu gali ilmu untuk memikat hati suami or untuk jadi berjaya & kaya...
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” al-Ahqaf, ayat 15
Jom bOrOnG : Collagen Powder Shaklee
------------------------------
✔FREE membership (JIMAT RM65)
✔FREE postage (jimat RM 10/rm20)
✔FREE 1 BOX kolagen Shaklee (JIMAT RM298)
✔FREE 444 UV points (mata belian terkumpul)
✔BONUS TUNAI RM80 (Shaklee bank in pada bulan berikutnya)
✔Diskaun 20% DARI harga pasaran (ANDA JIMAT sehingga rm360 bagi 6 box Shaklee Collagen Powder)
(sebab AUTOMATIK anda dapat AHLI teros)
TAHUKAH ANDA ;-
JIMAT RM 65 !!
JIMAT RM 10 Atau RM 20 (SS)
Ain Mizie (",)
016.6635706 | 013.7839456
ainmizie@gmail.com | COD area : Seremban
Mari Menjemput Rezeki
Assalammualaikum & Selamat Pagi...
Rezeki itu sendiri penuh dengan makna yang tersirat... betul tak? siapa kata rezeki itu hanya duit & harta yang di miliki? Jika itu yang dipikirkan hanya rezeki, Anda 100% salah...
Kita dapat bangun dari tidur, bernafas, melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh itu juga termasuk sebahagian dari rezeki... Jika tidak percaya cuba bayangkan suatu hari ALLAH ambil nikmat utk menyentuh, bila anda sentuh sesuatu anda tidak dapat merasa sama ada permukaan sesuatu yang di sentuh itu kasar, lembut, licin & sebagainya... Pada masa itu apakah perasaan anda???
Rezeki itu besar...
Jom Amalkan amalan menjemput rezeki... Ini ain ringkaskan ikot Ain nye pengetahuan yang Ain dapat dari kawan2 dan pembacaan ye...
1) Perbanyakkan istigfar - sekurang2 nya istigfar la 100x sehari paling kurang. Istigfar la setiap saat masa yang terluang. BuaT DULU, anda akan rasa perubahan itu. Istigfar la selagi DOA anda tidak dimakbulkan... Jadikan istigfar sebagai Bff mulut kita, hati pasti tenang.
2) Perbanyakkan Selawat ke atas Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W - Selawat at least 100x sehari. Jika kita nak berasa selamat maka selawat la (kata ustaz Al-Amin) sebab dgn selawat kita mendapat syafaat dr Rasulullah S.A.W.
3) Solat Sunat Dhuha & Doa Dhuha - Tunaikan la solat dhuha 2 rakaat (Paling minima) & berdoa dhuha la pasti Allah memberikan yang terbaik utk kita.
4) Bersedekah - Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, Berila seberapa banyak yang boleh kerana rezeki kita adalah apa yang kita dpt gunakan dan bermanfaat bagi diri kita dan juga sedekah kita pada yang memerlukan... Bersedekah ini dapat mengembirakan hati insan yang menerima lantas ALLAH akan beri yang lebih baik buat kita.
5) Zakat - Cucilah hati kita & segala rezeki kita dengan berzakat. Berkongsi rezeki bersama insan-insan yang memerlukan.
Selamat Beramal...
Akrab Persahabatan
Ada lagi tapi kena stay tune...
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com
Kudis Buta / Scabies
kutu hama yang bernama Sarcoptes Scabies .
Perihal Sarcoptes Scabies :
Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari
Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula . Hama boleh dilihat melalui gelas atau kaca lutsinar atau mikroskop.
Bagaimana Ia merebak?
Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar berkata ‘perpindahan’ hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya ‘berpasangan’ untuk membiakkan lagi baka.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ia cenderung berlaku di tempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.
Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Sesiapa yang terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit kepada keluarga lain di rumah. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.
Tanda
Kudis buta biasanya berkait dengan :
Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. Tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.
Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.
Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.
Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.
Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :
Dicelah-celah jari.
Tapak tangan
Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan-kawasan lain termasuk :
Kawasan kemaluan.
Punggung
Sekitar pusat.
Celah-celah ketiak.
Siku
Kaki dan buku lali.
Rawatan
1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
2. Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
4. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama , tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak
Penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim Crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk hingga ke hujung jari tangan dan kaki sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen.Tempat- tempat yang kuat dijangkiti seperti kemaluan, celah peha, ketiak, celah jari mestilah diteliti. Selepas ubat telah disapu, tidurlah dengan pakaian dan ubat hanya boleh dibasuh pada esok hari. Ubat yang telah disapu di atas kulit mengambil masa satu malam untuk mematikan hama.Ubat tahan gatal seperti Piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam. Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:-
1. Permethrin
2. Losyen Malathion
3. Krim Gamma benzene hexachloride (or lindane)
4. Losyen Benzyl Benzoate (EBB)
Mengubati kudis dan tempat bernanah
Antibiotik akan diberi oleh doktor untuk dimakan. Ubat sapu juga diberikan. Sekiranya teruk, ubat untuk dibasuh dan direndam juga dibekalkan.
Menahan gatal
Ubat telan/minum (antihistamine) dan ubat sapu (steroid cream) mungkin diberikan oleh doktor. Ubat sapu ini akan digunakan pada tempat-tempat yang mengalami kegatalan yang teruk (kelompok atau butir merah) 3 kali sehari selepas ubat sapu yang digunakan untuk mematikan hama telah disapu, iaitu keesokan harinya.
Pastikan kebersihan diri.
Jangan berkongsi pakaian atau barangan peribadi seperti tuala.
Rendam pakaian dalam air panas.
Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari.
Kegatalan
Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu
Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan.